Mutiara Dari Quran

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
(Al-Anfal: 30)

AKU ANAK SARAWAK

AKU ANAK SARAWAK

Dunia Multimediaku

Friday, December 31, 2010

BENGKEL MULTIMEDIA

Assalamualaikum wbt..

Pertama dan selamanya setinggi2 kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah SWT diatas keizinan yang diberikan untuk menaip di blog ini. Solawat dan salam buat baginda SAW yang InsyaAllah sentiasa dihatiku ku ini..

31 Dis 2010, hari terakhir bagi tahun ini. Pada tarikh ini juga, aku memilih untuk mengadakan Bengkel Multimedia dibawah seliaan LPP RAPI dan RAPI MEDIA. Alhamdulillah, dapat juga dilaksanakan. Ramai yang nak buat sebelum ni, tapi kali inilah berjaya dilaksanakan. Bermua jam 8.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Fuh.. Tak pernah dalam sejarahku melaksanakan bengkel selama itu. Syukran keatas semua yang sudi terlibat menjayakan bengkel tersebut. Diantara yang hadir ialah adik2 RAKAM(RAPI) dan juga dari JPK. Masing-masing dengan tujuan nak memperkasakan publisiti organisasi masing-masing. Bengkel yang dibuat ni khas bagi melahirkan junior-junior baru yang boleh mengendalikan unit mulmedia dengan baik. 
karya sempena bengkel multimedia

Pentingnya publisiti boleh kita ibaratkan sebagai wajah atau view kepada masyarakat mengenai organisasi kita. Salah satu kaedah untuk menaikkan organisasi kita adalah melalui publisiti. Publisiti yang baik dan menarik akan menjadikan organisasi lebih "dipandang tinggi" oleh masyarakat. 

Bagi organisasi Islam juga, perkara tersebut tidak akan diabaikan oleh ahlinya. Antara yang begitu baik publisitinya adalah PMRAM (Persatuan Mahasiswa Republik Arab Mesir) yang menjadi titik rujukan bagi skuad RAPI MEDIA. Montaj yang begitu menarik dan penghasilkan wallpaper islamik yang sangat cantik menjadikan orang-orang yang melihatnya terpegun. laman web www.iluvislam.com juga menggunakan penghasilan wallpaper yang menarik bagi mempromosi laman mereka.

Setakat ni jer untuk entri kali ni.  Gambar akan diuploadkan kelak k...

Thursday, December 30, 2010

SARIKEI: MY HOMETOWN


 NANAS .. nanas adalah lambang kepada daerah SARIKEI.. why..? aku pun x tahu.. tapi nanas sarikei memang special sangat berbanding nanas di tempat lain.. kalau nak tahu perbezaannya.. datanglah ke sarikei sendiri.
 TERMINAL 1. 
ini adalah terminal boat express utk perjalanan dr bukit kinyau, tanah puteh, tanjung manis, belawei, rejang, matu, daro and bintangor..

 TERMINAL 2
kalau tadi terminal 1, ini plak terminal 2. terminal 2 adalah untuk perjalanan yang jauh ckit.. contohnya utk pjalanan ke sibu dan kuching.


 NYELONG RIVERSIDE
cantik tak..? kalau di kuching dia ada waterfront, Sarikei pun ada gak, iaitu NEYLONG RIVERSIDE. sini lah tempat ngail paling popular, kalau nak beriadah petang2 sini lah tempatnya. cantik permandangan, sejuk mata memandang.
 TERMINAL BAS NYELONG
terletak berhampiran jalan meranti dan jelutong barat. ini antara TERMINAL BUS paling besar di sarawak gak berbanding terminal bas di kuching dan miri yang mana merupakan bandar besar, kemudahan di terminal bus sarikei jauh lebih baik dan mesra.
 beginilah sarikei di waktu malam.. cantik tak..?
 ini sarikei dari pandangan atas.. atas ckit jer...
 selamat datang ke bandar sarikei dr aku kecil sampai skrg.. tak berubah..
 BINTANGOR 
merupakan sub-bandar sarikei. 10 minit jer dari sarikei.
 RESIDENCY HOUSE.
 SARIKEI DISTRICT COUNCIL OFFICE
 ingat tak troli nie..??? mana ada yang jenis nie lagi di tempat lain.. tapi di sarikei.. masih banyak.. ingat masa kecil2 dulu, suka naik troli nie.. hihi~~
SARIKEI VIEW DR UDARA
itulah sarikei dr pandangan udara.. agak besar tapi tak lah besar sangat.

Monday, December 27, 2010

KPO RAPI SESI DIS 2010

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak untuk Dia. Selawat dan salam buat Nabi tercinta Muhammad SAW.


Untuk entry kali ini, aku nak criter sikit tentang KPO yang dah selesai minggu lepas... 


Bismillah...
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. 

Kemas dan tersusun..Itu yang Allah kehendaki.. 

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya : 
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”                                                   
(Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan aset penting dalam memastikan kesinambungan gerak kerja Islam. Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.
Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah). Perjuangan untuk menegakkan agama Allah ini pula tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh mana-mana individu secara berseorangan. Ia mestilah dilaksanakan dengan cara berjemaah.
Oleh yang demikian, setiap kumpulan yang ingin mereka dimasukkan di dalam golongan jemaah Islam yang dieredhai oleh Allah, perlulah mereka merancang dan bertindak supaya mereka memenuhi ciri-ciri yang disebut oleh Allah SWT. Antara syarat-syarat tersebut ialah:
Syarat Pertama
Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.
Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.
Syarat Kedua
Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.  Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.
Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’ie (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).
Syarat Ketiga
Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dan ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.  Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Syarat Keempat
Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’. Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun almutaqa’idin (golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku). Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.
Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.
Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.
Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.
Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).
Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’ie (penyusunan gerak kerja secara berjamaah).

MUSLIMEEN RAPI
Razlie, Safirullah dan Azri makan bersuap

jangan lewat lain kali...:)
senior-senior yang dah tua...
sesi riadah...
sahabat JPK yang turut memberikan sokongan padu kepada RAPI
Ammar, Naufal dan Ipin tengah makan malam...
sikkan merajuk si Afzan dengan si Irman...
fokus...
Muslimat RAPI 
 Arif dan Rahmat.. Macam ibu dan anak jak..
Suasana KPO...
Pembentangan Resolusi oleh Penghulu dan penghuluwati...(Nazirah dan Junaidi)

Semoga terus istiqomah dengan amanah yang dipikul. Mudah-mudahan kita sentiasa ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Ini langkah pertama kita semester ini. Tirai KPO telah dilabuhkan..Banyak lagi yang akan menanti anda..

Jutaan terima kasih untuk semua yang terlibat.
Jazakallahu khair..

Tuesday, December 21, 2010

Nikmat Yang Ditarik

Alhamdulillah, layaknya segala pujian itu untuk Mu...
Solawat dan Salam buat kekasih tercinta selapas Tuhanku, Muhammad SAW..

11/12/2010, tarikh yang mungkin tidaklah bermakna buatku tetapi ada perkara yang menarik berlaku. Yang menariknya, aku berubah "imej". Iyer ke?? Tidaklah, hari ini aku disahkan rabun. Nak tak nak, kena buat kaca mata. Kalau tak, semuanya nampak kabur dan tidak bermaya. Aku boleh dikatakan rabun jauh la, sebab yang dekat aku masih boleh lihat dengan jelas. Nak share jugak time nak beli cermin mata. test punya test sample yang ada, semua nya nampak pelik. Agak segan lah apabila kebanyakkan "design" yang ada kurang sesuai dengan riak wajahku. kedai tersebut riuh dengan gelak tawa aku bersama kazen mazen ku, apabila yang dicuba menampakkan kepelikkan wajahku. tetapi memang kebiasaan bagiku, seorang yang agak susah untuk mencari pakaian ataupun aksesori yang sesuai untuk aku. Sekadar nak share.

Jauh disudut aku, sebenarnya terdetik satu perkara, Allah tarik nikmatku. Semuanya disebabkan dosaku. Sombong dan angkuh dengan Allah Azza Wa Jalla. Sedangkan Dia yang paling berhak keatas aku. Muhasabah buat aku.

Allah berfirman: Dan(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat. Sujudlah kamu kepadaAdam, maka sujudlah mereka kecuali iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.(Q S. 2:34)

Muhasabah buat diriku, kerana syaitan pernah ingkar dan Allah humbankan ia ke neraka. Adakah aku jua begitu? Semuanya ditanganMu, sedarlah bahawa Allah mengasihimu.. Amaran awal buatmu, wahai hamba Allah.

Sunday, December 19, 2010

Ijtima' Aktivis Anak Sarawak

Alhamdulillah, syukur hanya layak untukNya..Solawat dan salam buat Baginda SAW yg tercinta..

Suatu pengalaman yang sentiasa aku tunggu-tunggukan. Bukan cuma aku, tetapi bagi semua aktivis dakwah "sarawakian" yang sehaluan denganku. Pengalaman yang banyak mengajar aku. Yang menjadikan aku lebih menginginkan Syahid dan kemenangan. Tambahan pula sokongan sahabat-sahabat yang sentiasa dekat dihati walaupun kebanyakan masa kami adalah berjauhan. Ikatan Ukhuwah yang berteraskan tali-tali (aqidah) Allah.

Banyak kekusutan telah dirungkaikan. Kekeliruan dan masalah diperjelaskan. Segala masalah dalaman dikeluarkan. Perbincangan yang lebih dewasa dan diiringi dengan kesungguhan menyelesaikan masalah, menjadikan segalanya mudah dan berjalan dengan baik. Satu persatu jalan penyelesaian diperjelaskan. Setelah setahun bergerak, akhirnya hari ini aku jelas dengan skop tugas yang diberikan. Sebenarnya mudah, cuma kurangnya kefahaman tentang manhaj yang digunakan dalam menguruskan agenda dakwah bagi semua anak-anak sarawak.

Pemerkasaan tarbiyah menjadi agenda utama kali ini. Tarbiyah dan perkaderan adalah bertujuan melahirkan ahli harakah yang benar-benar berupaya menggerakan Islam dimuka bumi sarawak ini. Cabarannya yang agak hebat. Berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan populasi umat Islam yang minoriti, ditambah lagi kekurangan ustaz-ustazah yang mempunyai fikrah yang sohih. Bukan itu sahaja, Sarawak dengan faktor geografi dan keluasannya juga menjadi satu faktor yang memberatkan aktivis. itulah hakikat perjuangan, tiada yang mudah dan senang. Andai senang dan mudah, maka ramailah yang sanggup bersama kita. Jelaslah bahawa tarbiyah merupakan tunjang bagi sebuah harakah dan perkaderan merupakan janaan aktivis-aktivis baru bagi memastikan kelansungan gerakan Islam yang berterusan. Hanya dengan penerapan tarbiyah yang tersusun dan bermatlamat sahaja, sebuah gerakan itu mampu mencapai gerakerja yang maksima. Apalah yang boleh kita harapkan sekiranya aktivis yang kita kaderkan tidak memahami dan mendalami teori-teori yang diajarkan. Perjuangan itu tidak menuntut teori tetapi praktikalnya. 

Berhentilah berkata untuk menang, tetapi berkatalah untuk terus berusaha kearah kemenangan. Usaha yang bersungguh-sungguh (jihad) akan memberikan impak yang besar kepada bumi sarawak walaupun penggeraknya begitu sedikit. Buktinya, kemenangan dipihak muslimin ketika dimedan badar. 

“Katakanlah (Muhammad), ‘Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Engkau kehendaki, dan engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapapun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.” Ali Imran :26

Kuasa mutlak itu hanya milik Allah. Siapa yang lebih kuat dari Nya? tiada satupun diantara kamu yang berupaya. yakinlah bahawa Allah bersama-sama dengan orang yang benar. Yang kufar tidak akan pernah berhenti. Itu adalah tugas mereka. Bagaimana dengan tuga kita? Laksanakanlah sekiranya kita ingin melihat Islam kembali kepuncak kemenangan.. Allahuakbar!!

Thursday, December 16, 2010

Iftar Jamaie 10 Muharram

Segala puji-pujian hanya layaknya untuk Allah SWT. Solawat dan salam buat Baginda SAW dan keluarga serta para sahabat.

Atas usaha keras daripada adik-adik RAKAM bersama-sama RAPI untuk melaksanakan majlis berbuka puasa bagi puasa sunat 10 Muharram 1432H bersamaan 16.12.2010. Ianya bertujuan bagi meraikan kedatangan tahun baru Hijrah dalam masa yang sama melaksanakan ibadah-ibadah sunat pada bulan ini.


KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!"


Majlis yang agak ringkas dan tidak formal tersebut dimeriahkan lagi oleh jemaah masjid Al Muhandisin termasuklah Tuan Pengarah PKS. Majlis berbuka tersebut hanyalah dihidangkan Bubur Lambuk, Dadih dan Kek batik. Walaupun tidaklah semegah majlis berbuka puasa yang lain, tetapi bersederhana adalah lebih baik. Dapat dilihat kesatuan hati adik-adik RAKAM dalam menjayakaan majlis tersebut.

Kami diperingkat MT RAPI, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung ataupun tidak khususnya kepada semua AJK RAPI dan lebih khusus lagi kepada adik-adik RAKAM.

Skuad memasak..

Tukang buat api...Askar Vs PLKN

Razly...:)

Alhamdulillah..Jom berbuka...


Sunah Nabi SAW tetap jadi pilihan..



Pihak pentadbiran yang turut memeriahkan majlis..


Skuad "special"..

Wednesday, December 15, 2010

RAPI SESI DIS 2010

Alhamdulillah, sesi Jul 2010 selesai dengan jayanya. Kini, tirai 1431 Hijr telah jua dilabuhkan. 2010 Masihi jua bakal dilabuhkan. 2011/1432H merupakan satu perjalan yang pastinya akan lebih mencabar.

RAPI SESI DIS 2010

RAPI SESI DIS 2010-Selasa- 8 Muharam 1432/ 14 Feb 2010, Malam Rapi Bersama Junior merupakan antara langkah-langkah awal bagi mempromosikan RAPI kepada pelajar Semester 1. Ianya bertujuan mendedahkan kepada umum, khususnya siswa muslim politeknik. Rapi merupakan sebuah organisasi yang cukup dikenali di Politeknik Kuching Sarawak. Ianya bertindak bagi mengimarahkan Pusat Islam Poliku, Masjid Al Muhandisin PKS. Ianya juga menjadi platform bagi aktivis-aktivis dakwah bagi melaksanakan gerakerja dakwah diperingkat kampus.

Ianya digerakkan oleh 5 lajnah RAPI, bersama-sama Saff Majlis Tertinggi RAPI. 5 Lajnah tersebut adalah Lajnah Tarbiyah Dan Kepimpinan (LTK), Lajnah Ekonomi Dan Pengurusan Masjid (LEPM), Lajnah Penerbitn dan Publisiti (LPP), Lajnah Kesenian Rehlah Riadah (LKRR) dan Lajnah Akademik Dan Kebajikan(LAK).

Pendaftaran lajnah juga dibuka pada akhir majlis tersebut. Sebelum itu, taklimat mengenai RAPI telah diadakan oleh Pengerusi RAPI sesi DIS 2010, En Zulzaim Hilmee Bin Abidin. Majlis malam tersebut diakhiri dengan sedikit tayangan multimedia oleh En Mohd Zulfika Bin Abdolakader.

Malam pengenalan ini menandakan bermulalah gerakerja RAPI sesi Dis 2010. Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua AJK RAPI sesi Dis 2010. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat RAKAM yang banyak memberi bantuan dalam rangka usaha memperbaiki kekurangan RAPI dari semasa ke semasa.

Semoga AJK RAPI akan terus melangkah laju dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiyah keseluruh pelusuk politeknik. Sentiasalah beringat bahawa, taklifan yang diberikan bukanlah suatu kemuliaan tetapi suatu kehinaan sekiranya kita tidak berusaha melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Sunday, December 12, 2010

3 Jam Yang me"relieve"kan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layaknya untuk Allah SWT. Solawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat baginda.

Agak bebas rasanya jiwa bila tekanan yang menekan perasaan dapat di "longgarkan" sedikit. Allahurabbi, syukur hanya layak untukmu.. Dalam dua minggu ini, kehidupan harian aku agak sedikit berbeza. Banyak benda yang berlaku disekeliling aku menyebabkan darah aku naik dan turun. Perasaan risau dan bimbang dicampur dengan keliru dan kadang kala marah. Setelah itu, terbit rasa sedih yang menyelubungi hati. Tatkala menangis sendirian. Allah, begitu banyak dosa-dosa aku sehingga Kau ragut ketenangan yang pernah Kau anugerahkan dahulu. 

Apa daya aku, aku cuma manusia yang sering melakukan kesilapan. Allah mengujiku kali ini. Mungkin dah tiba masanya untuk aku menilai semula diri aku. Mungkin disebabkan fokus yang tidak menentu, menyebabkan aku dilalaikan oleh syaitan dengan begitu mudah sekali. Muhasabah semula, aku banyak buat salah, kadang-kadang tak nak mengaku. Itulah yang dikatakan ego. 

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka....”(Al-Ankabut 2-3)

Kekadang aku juga lupa, yang Allah lah yang menyusun semuanya. Yang mengizinkan segalanya. Aku menyedari perkara tersebut, tetapi aku jugalah yang jarang mengadu padaNya. Dialah yang tempat yang terbaik bagi meletakkan sebarang pengharapan. Ya Allah, dekatkan aku dengan Mu..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...” (Al-Baqarah:286)


Jika ditanya, kerap tak berdoa dengan sunguh-sungguh? Mungkin susah aku nak menjawabnya. Sebabnya, aku sendiri. Mungkin aku dah menyedari perkara ini, tetapi kenapa agaknya sukar untuk diriku berganjak dari  kedudukan ku ini. Usaha perlu lebih gigih, bukan hanya ala kadar sahaja. Sentiasalah beringat. Dan setelah itu, kembalilah..

Isnin, 13 Dis 2010, kelas matematik buat pertama kalinya aku masuk pada semester kali ini, pelbagai tips study yang dikongsikan. Banyak perkara yang aku sedari akan kekuatan dan kelemahan diri aku. Walaupun kelas 3 jam, tetapi tak singgah pun boring sepanjang kelas tersebut. Dengan suasana yang agak tenang dan kurang  "bising", disebabkan jumlah yang ada sedikit berbanding semester yang lalu. Sesi PNP lebih mudah dan lebih berksan. Sesi 3 jam tersebut diiringi dengan gelak tawa yang minima menjadikan perjalanan kelas tersebut lebih mudah dan tenang.

Mesti berkonklusi? Yes, dalam apa perkara, mesti berkonklusi ataupun kesimpulan. Kesimpulan amat penting bagi memudahkan reviews dimasa depan. Dan yang paling penting, tahu apa yang telah aku buat..Semoga lebih dipermudahakan selepas ini. Ameen..:P

Thursday, December 9, 2010

Adik2ku..Ye Akhi...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk menulis.. Teringat ketika menjadi JK pelaksana program KRIS Sarawak di SMK Sebuyau pada Jun yang lalu. Cukup manis kenangan tersebut. Bersama sahabat-sahabat SEMISSA dan diikuti sahabat ISIS yang turt bersama kami menjayakan program selama dua hari tersebut. Pelbagai perkara yang dilalui..Tambahan pula dikelilingi oleh penduduk-penduduk kampung yang ramah serta masih lagi sedar tentang perlunya Islam dalam kehidupan seharian.

Akhi Luqman : Adik-adikku....
Peserta: Ye akhi...

Itulah anatara gelagat yang dapat kita lihat. Penuh dengan pengharapan para AJK terhadap adik-adik dengan harapan mereka manpu menjadi seorang remaja Muslim yang benar-benar menghayati intipati serta mengamalkan Islam secara menyeluruh.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semuanya kedalam Islam secara kaffah, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya dia itu musuh yang nyata bagimu."
(Qs. al-Baqarah 2:208)



itulah antara tuntutan yang perlu kita titikberatkan dalam kehidupan kita. Sikap mengambil sebahagian dan menerima sebahagian hanya akan mengakibatkan kebinasaan dalam hidup kita.

Tuesday, December 7, 2010

ISLAM DIMANA-MANA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mencoret sedikit yang ingin aku kongsikan..

Aku hari ini diminta untuk menghadiri kursus wiring selama dua hari di banggunan baru politeknik. Ternyata banggunan tersebut cantik dan masih boleh dihidu bau "baru" banggunan tersebut. Walaupun tidak semewah dan sebesar banggunan yang ada di UNIMAS, namun cukup selesa buat peserta kursus. Kursus tersebut dianjurkan oleh pihak kementerian untuk pelajar politeknik. Alhamdulillah, aku terpilih.

Penceramah yang datang, fuh..agak berumur orangnya, 64 tahun. Walaupun begitu, kelihatan riak wajah dan keupayaan nya masih lagi teguh dan boleh saya kategorikan org2 yang awet muda. Pelbagai pengalaman dikongsikan. Liku-liku perjuangan beliau sebelum beliau berjaya seperti sekarang. Hari ini, syarikat beliau, Karo Services menjadi salah satu syarikat terkemuka di KL. banyak projek2 besar dilaksanankan seperti wiring bagunan Telekom setinggi 71 tingkat(menara kedua tertinggi di Malaysia).

Yang menarik hati aku untuk menulis perihal beliau ialah, setiap kata-kata dan perbuatan dalam dunia engineering sentiasa dikaitan dengan Islam dan kejadian manusia. Antara pesanan jua ialah untuk kita sebagai manusia untuk memenuhi arahan dan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Nya. Dalam keadaan bilik yang terdiri daripada pelajar pelbagai agama tersebut, beliau masih berjaya menyesuiakan diri dari awal sehingga akhir tetapi tidak pernah tidak menyentuh tentang Islam dan Allah.

itulah yang dikatakan sebagai, Islam dibawa dimana-mana tidak kira apa jua suasananya. Islam itu hakikatnya mudah untuk diterima. Mungkin ada diantara kita yang tidak mahu memilih untuk menzahirkan Islam kerana takut menimbulkan sensitiviti perkauman dan keagamaan. Islam mengajarkan kita HIKMAH. Kita tidak pernah mempelajari HIKMAH yang di ajarkan melalui Quran dan Sunnah. Itulah penyebabnya kita sebagai umat Islam gagal untuk "fleksibel" dalam melaksanakan Dakwah.

Teringat aku akan sahabat seperjuangan ku, Ustaz Nazmi. Beliau sentiasa berpesan bahawa tidak apa keadaan sekalipun, masukkan nilai Islam dalam pengucapan kita. Jangan segan untuk menaikkan syiar islam. Islam itu ftrah, yakinlah, ianya lebih mudah untuk diterima. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menguasai teknik2 dakwah dimasa yang akan datang.. You must do it..

Followers

Fb Comment

ANA DAN FB

ANA DAN FB
fiqamuhammad

Aktiviti Masjid Al Muttaqin Sarikei

MAJLIS ILMU:(antara Magrib dan Isya')

RABU:

kuliyyah oleh Ustaz Syed Harold (JAIS)

JUMAAT:

kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zainal (HIKMAH)

SABTU:

Kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zamri Rajab (YAM @ ABIM)

AHAD:

Kuliyyah Fiqh

oleh Ustaz Ghazali Khan(Ustaz Pele)

sama-sama kita mengimarahkan masjid Al Muttaqin Sarikei