Mutiara Dari Quran

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
(Al-Anfal: 30)

AKU ANAK SARAWAK

AKU ANAK SARAWAK

Dunia Multimediaku

Monday, April 26, 2010

Hot Topic: KRIS 2010 Zon SELATAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillahirrabbilalamin..Segala puji2an buat MU, Allah Azza Wa Jalla...Selawat dan salam buat Rasul Tercinta dan keluarga serta para sabat baginda yang dikasihi..

Kem Remaja Islam Sarawak 2010 kali ini memilih SMK Sebuyau Sarawak sebagai venue untuk kali ini.. Kesemua pelajar dari SMK Sebuyau, Tingkatann3, 4 dan 5 dijemput untuk menghadiri KRIS 2010.. Bagi pelajar tingkatan 3 dan 4 dari sekolah-sekolah menengah yang berada disekitar Sebuyau, anda juga dijemput untuk menyertai KRIS 2010 di SMK Sebuyau. Berikut merupakan butiran-butiran bagi KRIS 2010:



Kem Remaja Islam Sarawak 2010
Tarikh : 4 Jun hingga 6 Jun 2010
Tempat : SMK Sebuyau Sarawak
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak(AMAL)
dengan kerjasama;
Jabatan Agama Islam Sarawak(JAIS)
SMK Sebuyau Sarawak


SUMBANGAN DARI MANA-MANA PIHAK AMATLAH KAMI HARAPKAN. SUMBANGAN INI BERTUJUAN BAGI MENAMPUNG SEGALA KEKURANGAN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM ITU NANTI. SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK ISLAM YAYASAN AMAL MALAYSIA
(NO AKAUN:11022010032002).

SEJAJAR DENGAN FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 265 YG BERMAKSUD:

Perumpamaan mereka yang membelanjakan hartanya demi mendapat redha Allah dan meneguhkan (keimanan) jiwanya adalah bagaikan sebidang kebun ditempat yang tinggi. Ketika ditimpa hujan lebat maka hasil buahnya dua kali lipat banyaknya. Jika hujan lebat tidak turun maka hujan gerimis pun telah mencukupi. Dan Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

Beramal Kerana Allah.. Semoga kalian berada dalam redha Nya.

Sebarang Masalah dan Pertanyaan:

Hubungi Kami:
013 5788509 (saudara lukman)

Sertai Kami di Fb melalui kata kunci Kem Remaja Islam Sarawak

Saturday, April 10, 2010

Benih Jagung..?

Assalamualaikum..
Seinfiniti syukur buatMu Allah, Maha Pencipta dan Maha Kasih pada hambaNya. Selawat dan salam, buat insan terbaik yang sentiasa menjadikan hati-hati orang yang beriman luluh apabila memikirkan kehebatan, pengorbanan serta kasih sayang baginda buat umat-umatnya.



Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya .Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) , kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu , anggur dan sayur-sayuran , zaitun dan pohon kurma , kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan , untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.
(Ayat 24-32 , Surah ‘Abasa)

Bayangkan sebiji benih jagung. Yang kering dan sesuai untuk tanaman. Apa yang ada pada benih tersebut? Ayuh, kita ungkaikan ianya bersama.

Seorang petani menanam benih tersebut ditapak semaiannya. Cara menanamnya adalah sama sebagaimana jutaan tahun dahulu. Walau diketika Nabi Adam AS, tiada cara lain untuk menanam, melainkan mencampakkan benih ketanah. Bukankah itu tandanya manusia sebenarnya tidak berupaya. Hatta, sampai kedetik ini, tiada lagi yang berjaya menghasilkan tumbuhan sendiri tanpa menggunakan teknik yang telah Allah ilhamkan walaupun dengan teknologi canggih sekalipun. Jika ada sekalipun hanya klon. Tetapi itu tidak dihasilkan sendiri. Masih memerlukan peralatan ciptaan Allah. Manusia tiada upaya melainkan mengharap pada yang Esa. Dan tidak semuanya berjaya. Namun, ramai lagi saintis yang lebih-lebihkan kehebatan akal mereka berbanding kuasa Allah yang telah terang lagi nyata.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang Menciptakan. Setalah ditanam benih tersebut. Disiramkan dengan air kemudian, dengan izin Allah. Maka, keluarlah pucuk pertamanya dari benih tersebut. Satu persatu, Allah ungkaikan isi benih tersebut. Dikeluarkan akar, dan dikeluarkan juga daun-daun hijau yang masih segar dan muda. Daun digunakan untuk menerima cahaya matahari dan akar untuk manfaat daripada bumi. Begitu teliti ciptaan Nya. Tak satupun kurang atau cacat. Kemudian, atas rahmat dan nikmat Allah, maka membesarlah pohon jagung tersebut. Setelah cukup matang, pohon yang tinggi dan kurus itu, menghasilkan paling kurang tujuh jantung jagung. Dan jika bertuah, mungkin boleh dapat dalam 10 ke 15 biji jagung. Daripada satu biji benih, dengan izin Allah, membesar menjadi sepohon pokok yang mampu memberi manfaat untuk lima ke sepuluh orang manusia.

Bak kata orang-orang tua, berbudi pada tanah, pasti dapat hasilnya. Siapakah yang menguruskan tumbesaran benih tersebut? Adakah manusia? Pasti tidak bukan. Mampukah manusia menguruskan tumbesaran benih tersebut? Atau pernah tak kita melihat petani sendiri membuka benih tersebut, menarik keluar daun-daun dan akar. Menarik batang pokok supaya menjadi panjang? Sama sekali tidak.

Ini semua adalah kerja Allah. Tiada satupun manusia hari ini mampu melakukan apa yang telah Allah lakukan ini. Namun, masih ramai lagi para intelektual, khususnya golongan saintis yang tidak percaya wujudnya Allah. Sehingga mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan syariat Allah. Apakah kita ini? Hanya manusia, yang Allah berikan akal yang terbatas kebolehanNya. Bahkan ada perkara yang boleh dilakukan oleh haiwan-haiwan kecil tetapi tak mampu kita lakukan. Janganlah kita menjadi orang-orang yang sombong.

Selangkah kita menuju Allah untuk bertaubat, sepuluh langkah Allah menuju kepada kita. Sering kita dengar bukan? Jelas Allah itu penyayang. Hanya dengan sedikit usaha menanam benih jagung, bumi(makhluk Allah) membalas dengan lebih banyak kebaikkan. Bagaimana dengan Si Maha Pencipta? Pasti, sedikit kebaikkan yang kita lakukan, pasti dibalas Allah dengan jutaan kebaikkan. Masih kita tidak yakin dengan janji Allah. Telah jelas dan terang bukti-bukti Nya.

Followers

Fb Comment

ANA DAN FB

ANA DAN FB
fiqamuhammad

Aktiviti Masjid Al Muttaqin Sarikei

MAJLIS ILMU:(antara Magrib dan Isya')

RABU:

kuliyyah oleh Ustaz Syed Harold (JAIS)

JUMAAT:

kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zainal (HIKMAH)

SABTU:

Kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zamri Rajab (YAM @ ABIM)

AHAD:

Kuliyyah Fiqh

oleh Ustaz Ghazali Khan(Ustaz Pele)

sama-sama kita mengimarahkan masjid Al Muttaqin Sarikei