Mutiara Dari Quran

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
(Al-Anfal: 30)

AKU ANAK SARAWAK

AKU ANAK SARAWAK

Dunia Multimediaku

Friday, May 28, 2010

Life Line To Gaza

Menurut Setiausaha Masjid Jamek Raja Tun Uda, Ustaz Nasaruddin Hasim yang menerima mesej dari sana berkata, ketika ini konvoi sedang berada di perairan Gaza dan jam 4.30 petang (waktu Malaysia) akan berhadapan dengan kapal Israel.


SHAH ALAM, 28 Mei: Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israel dan cuba untuk merampas kapal tersebut.
Beliau mengumumkan perkara itu sebaik selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda Shah Alam, lebih 500 anak jemaah mendirikan solat hajat memohon bantuan daripada Allah SWT.
Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Muslim Care, Zulkifli Mohd Nani yang baharu sebentar menghubungi Harakahdaily; kini konvoi sedang berada dalam ancaman kerana segala kemungkinan boleh berlaku.

Untuk rekod, seramai 11 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal induk menyertai konvoi itu yang berlepas sejak semalam dari pelabuhan di Turki.

Mereka diketuai oleh Noorazman Mohd Samsuddin dari Haluan Palestin yang menjadi kordinasi utama wakil Malaysia, Dr Mohd Arba’ai Shawal, Dr S Muhamad Haleem S Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamuliddin Elias (Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia), Al Hami Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad (Wakil Media) dan Abdul Halim Mohamed Redzuan (Muslim Care) dan tiga yang lain.

Dalam pada itu, Haluan Palestin di dalam blognya di bawah tajuk Israel Mengesahkan Akan Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza:

Kabinet politik Kerajaan Haram Israel memutuskan untuk mengarahkan tentera dan angkatan laut tidak membenarkan armada bantuan kemanusiaan terbesar atau “Freedom Flotilla” memasuki pantai Gaza dan mereka akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan memasuki Gaza.

Sebaliknya Israel mengarahkan kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mahu menghantar bekalan ke Gaza, mereka harus menghantar kargo mereka ke Israel untuk diperiksa dan “diluluskan.”
Setelah mengosongkan kargo di Israel, kapal harus belayar kembali ke tempat mereka berasal, begitulah arahan dari pemerintah zalim Israel.

Tentera Israel dan tentera laut berkata bahawa mereka tidak akan membenarkan kumpulan bantuan kemanusiaan tersebut memasuki Gaza. Malahan jika perlu, kapal-kapal akan diambil alih oleh tentera Israel sekiranya kumpulan bantuan tersebut masih mahu memutuskan untuk meneruskan perjalanan mereka.

Kerajaan Israel menggambarkan perjalanan kapal-kapal menuju Gaza sebagai provokasi “yang tidak perlu.”
Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut adalah provokasi sementara pegawai tentera Israel yang bertanggung jawab atas Jaluran Gaza, Kolonel Moshe Levy, menyatakan bahawa tidak ada krisis di Gaza dan situasi di sana adalah “baik dan stabil.”

Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut akan dibawa ke pelabuhan di Esdod “Asdod” dan semua penumpang akan ditangkap.

Gerombolan kapal tersebut yang terdiri daripada sembilan kapal sarat dengan 10,000 ton bantuan kemanusiaan dan bahan bangunan di jangka akan tiba di perairan Gaza pada Hari Sabtu minggu ini.

Sementara itu, pihak Israel juga berusaha untuk menghalang hubungan internet dan satelit antara peserta konvoi dengan negara luar; sehingga kini halaman rasmi konvoi Malaysia, http://www.lifeline4gaza.org/ tidak dapat dikemaskini.

Wednesday, May 26, 2010

Dakwah: Fanatik ka Sik?

Assalamaualaikum..

Seinfiniti kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah SWT. Selawat dan salam but Nabi junjungan yg dicintai, Muhammad SAW, para sabat bagindan dan keluarga. Salam perjuangan buat pembaca-pembaca, yang sudi mengambil sedikit masa untuk 'take a look' entry kali ini. kali ini, penulisan dibuat sedikit berbeza berbanding sebelumnya. Entry kali ini akan sepenuhnya ditulis dalam bahasa Sarawak.

Setelah berbulan-bulan sik menulis, akhirnya kali tok diizinkan juak untuk menyampai hasrat hati. Meluahkan isi hati. Penulis kali tok suka nak bercerita tentang fanatik ataupun sik terhadap Islam. Bagi yang cenderung dalam bidang dakwah, memanglah daknya mauk sik mauk kenak memberi tumpuan penuh dalam apa yang diusahakan. Sebabnya, nang dah jadi tanggungjawab dan amanah berat yang harus dipikol dalam usaha memperkasakan dakwah Islam.


MINAT ATAU TANGGUNGJAWAB?


Tanyak kan soalan tok pada diri kita. apa hukum kita ber amar makruf dan ber nahi mungkar? Rasulullah pernah bersabda yang diriwayatkan oleh At tirmizi yang berbunyi:

"Demi Allah yang nyawaku ditanganNya, mestilah bagimu menyeru kepada kebaikkan dan melarang manusia lain dari kemungkaran. Atau sangat hampirlah Allah SWT menimpakan keatasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan."


Jelas ayat diatas madah ngan kita supaya molah kerja-kerja dakwah tok. jangan kita pikir ustaz-ustazah ajak boleh molah kerja tok. hadis diatas madah kewajiban kita dalam melaksanakan hal tok bukan sebagai satu ibadah semata-mata tapi sebagai amanah yang harus dipikul oleh setiap muslim. Bila kita nyebut tentang amanah tok, sudah pasti nya satu perkara yang akan Allah tanyak@hisab kita diakhirat kelak. Jadi jangan kita suka mempersoalkan orang lain yang nak molah dakwah untuk kepentingan Islam. Dan lebih teruk agik, janganlah kita menjadi orang yang MENENTANG perjalanan@usaha dakwah tok.

Mun kita nak nyebut pasal minat, ingin juak nak tauk..Adakah org suka berdakwah? Mun Allah sik syariatkan kewajiban berdakwah tok. Ada ka? Jadi, mun sik minat kenak bersemangat benar nak molah dakwah ya. Sebabnya cuma satu, meraih ketinggian diri disisi Allah. Meraih janji-janji Allah. Allah  berfirman dalam surah As Shaff ayat 10 dan 11:


يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلى‏ تِجارَةٍ تُنْجيكُمْ مِنْ عَذابٍ أَليمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَ رَسُولِهِ وَ تُجاهِدُونَ في‏ سَبيلِ اللهِ بِأَمْوالِكُمْ وَ أَنْفُسِكُمْ ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ



maksudnya:

10. Hai orang-orang yang beriman, maukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
11. Berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihadlah di jalan Allah dengan harta dan jiwamu; itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya,


dalil diatas madah ngan kita betapa besarnya tawaran Allah kepada orang-orang yang nak bedakwah, berjihad. Sapa sik mauk masok syurga, lepas dari azab Nya? Orang yang beriman akan tetap memilih jalan tok sebagai titian awal sidanya nak ke syurga. Macam ne dgn yang lain? rami yang sik tauk akan perkara tok. sebab ya rami yang sik berani berjuang. 


FANATIK KA SIK?


Sewajarnya, sik perlu timbul perkara tok. Fanatik dengan agama, selagi sik melampaui batas-batas syariat Allah, sik ada hal. Teruskan dengan usaha dakwah kalian. Mun daknya nganok fanatik. Yang sik fanatik mauk molah kerja-kerja dakwah tok? Ada sidaknya turun padang berjumpa dengan masyarakat? Sik ada nak. Jadi, ya semua akal-akalan syaitan makei melemah semangat juang kita. Kita tetap dijalan yang Allah telah sediakan tok. Dalam rangka usaha nak menggemilangkan Islam, memartabatkan Isllam mengatasi ideologi-ideologi manusia yang berlagak sombong dgn kehebatan pada diriknya yang pada hakikatnya sik ada apa-apa.

Pada yang asyik mengutuk, menghina, klakar ya, klakar tok tentang org yg berdakwah. Sedarlah, sidaknya sedang berusaha membawa kebaikkan dan rahmat Allah ke tanah air kitak orang. Islam tok bukan cuma sembahyang, posa dan zakat. tapi Islam tok adalah cara idup. Bila disebut cara idup, mestilah nya merangkumi aspek2 yang luas ngan terbukak.islam terangkan cara hidup selengkap-lengkapnya, daripada istinjak sampei lah ke urusan negara.

Stakat tok ajak entry kalik tok. Mudah2an bermanfaat untuk semua.
Waallahu a'lam.

Followers

Fb Comment

ANA DAN FB

ANA DAN FB
fiqamuhammad

Aktiviti Masjid Al Muttaqin Sarikei

MAJLIS ILMU:(antara Magrib dan Isya')

RABU:

kuliyyah oleh Ustaz Syed Harold (JAIS)

JUMAAT:

kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zainal (HIKMAH)

SABTU:

Kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zamri Rajab (YAM @ ABIM)

AHAD:

Kuliyyah Fiqh

oleh Ustaz Ghazali Khan(Ustaz Pele)

sama-sama kita mengimarahkan masjid Al Muttaqin Sarikei