Mutiara Dari Quran

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
(Al-Anfal: 30)

AKU ANAK SARAWAK

AKU ANAK SARAWAK

Dunia Multimediaku

Tuesday, March 15, 2011

Facebook! Bukan Disini...

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan nak menulis untuk kali kedua.

Facebook, ianya kini digunakan diseluruh dunia. Untuk pelbagai tujuan, adanya menggunakannya untuk perniagaan, berhubung dengan teman lama, dan banyak lagi. Tapi apa yang "menarik" juga ialah, Fb hari ini digunakan juga sebagai tempat melepas geram, meluah perasaan. Bagaimana tu?? Tepuk dada tanya iman. Sedih melihat apabila facebook dijadikan tempat luahan perasaan menggantikan sahabat yang Allah kurniakan kepada kita.

Persoalannya disini.. Adakah kita lebih selesa mendedahkan perkara-perkara yang "sensitif" dalam diri kita kepada seluruh dunia berbanding "share" dengan teman rapat kita yang mungkin hanya seorang dua? kalaupun tiada teman, Allah-lah sebaik-baik teman dan tempat untuk mengadu. Walaupun status yang dikeluarkan, ataupun komen yang diberikan itu "berkias" ataupun "berlapik", tetapi sebenarnya kita telah membuka pintu AIB diri kita dan juga semua orang yang berkenaan. Mengapa Fb juga jadi pilihan? Segala isi hati diluahkan di facebook. Berbanggakah kita apabila semua orang tahu akan masalah kita? Ataupun kita lebih gemar berdebat dan bertengkar di Fb? Selesaikah masalah? Aib kita, Allah tidak akan buka melainkan kita sendiri yang membukanya. Kalaupun kita rela aib kita didedahkan, bagaimana dengan orang lain? 

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Perlu kita beringat bahawa Fb itu sendiri dicipta oleh yahudi. pasti ada agenda tersendiri. Berhati-hatilah teman, jangan kita pulak yang termasuk dalam PERANGKAP yang dicipta untuk umat Islam khususnya.

Mungkin orang kata, kita tidak tahu keadaan sebenar. Yes! ana mungkin boleh bersangka baik. Bagaimana dengan yang lain??

Elakkan bercerita tentang diri kita khususnya perkara-perkara yang boleh mengaibkan kita dan orang lain. Kita hanya akan menampakkan kelemahan kita dan orang lain. Bagi yang membacanya, pasti punya perspektif yang buruk terhadap kita. Itukah yang kita inginkan?

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud:“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


DALAM KONTEKS ORGANISASI, keaiban dan kelemahan organisasi jangan dihebah-hebahkan. Baik perihal individu yang bermasalah ataupun perihal kelemahan organisasi. Ana sendiri tidaklah sebagus mana, tetapi hanya kurang senang dengan sikap sesetengah pihak yang gemar menghebah-hebahkan masalah di Fb.



INGAT!! di Fb orang akan  nilai melalui status kita tanpa melihat keadaan dan situasi sebenar. MAKIN BANYAKLAH FITNAH SELEPAS INI SEKIRANYA TIDAK DIHENTIKAN SEGALA AKTIVITI SHARING PROBLEM WITH FB.


SEMUA MATA MEMANDANG KAMU!! AWAS!!








0 comments:

Post a Comment

Followers

Fb Comment

ANA DAN FB

ANA DAN FB
fiqamuhammad

Aktiviti Masjid Al Muttaqin Sarikei

MAJLIS ILMU:(antara Magrib dan Isya')

RABU:

kuliyyah oleh Ustaz Syed Harold (JAIS)

JUMAAT:

kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zainal (HIKMAH)

SABTU:

Kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zamri Rajab (YAM @ ABIM)

AHAD:

Kuliyyah Fiqh

oleh Ustaz Ghazali Khan(Ustaz Pele)

sama-sama kita mengimarahkan masjid Al Muttaqin Sarikei