Mutiara Dari Quran

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
(Al-Anfal: 30)

AKU ANAK SARAWAK

AKU ANAK SARAWAK

Dunia Multimediaku

Wednesday, February 2, 2011

RESS10

Rehlah Siswa Soleh 10 ataupun nama popularnya RESS, telah diadakan dengan jayanya pada 15 Januari yang lalu yang bertempat di Pantai Puteri, Santubong, Kuching. Hampir semua AJK RAPI yang terlibat merasakan RESS akan mendapat masalah apabila berhadapan dengan masalah hujan dan banjir yang melanda bandaraya Kuching dan beberapa kawasan sekitar. Sekiranya hujan lebat melanda di kawasan pantai sebagaimana yang diramalkan oleh pihak berkuasa yang menyatakan ribut petir akan melanda kawasan pesisiran pantai di Kuching, maka semua aktiviti modul dan riadah terpaksa dibatalkan. Agak mustahil untuk melaksanakan riadah dengan keadaan hujan lebat dan dalam keadaan tiadanya khemah yang mencukupi untuk menampung semua. Alhamdulillah, semua yang dikhuatiri tersebut bertukar sebaliknya ketika berlansungnya RESS. Setelah seminggu tidak melihat kelibat matahari, tetapi dengan izinNya, cuaca pada hari tersebut cerah dan mendung (hujan sedikit).

nice shot!! Abg sabirin

Muslimeed, unites!!

Pro M, orange bah tu..

Muslimeen United

Ukhuwah: Taffahum

my beloved brother, Azri Jaupi

another excellent shot!!

errrr...

memori istimewa..

RESS kali ini menampilkan sedikit perbezaan, Ini kerana, kesemua modul dan pengisian adalah dibawah seliaan AJK Pengisian dan Fasi lantikkan daripada AJK RAPI semester 2. Ini adalah bertujuan memberi pendedahan awal mengenai JK Pengisian yang merupakan jantung kepada program. Merteka inilah yang memegang portfolio paling penting dimana mereka perlu mencari pengisian yang benar-benar sesuai bagi mencapai objektif dan matlamat program. Selain itu juga, JK inilah juga bertindak bagi memastikan segala mesej yang hendak disampaikan melalui program RESS itu diterima dengan baik oleh peserta.

Bermula seawal solat subuh, memastikan semua peserta bersiap dan berkumpul tepat pada waktunya dan mengakhiri program pada jam 3.00 petang. Program tersebut diiringi oleh Ustaz/ah daripada JPA PKS seperti Ustaz Fakhurulzee, Ustaz Husni, Ustaz Azhar dan juga ustazah Sharifah Nor menjadikan perjalan RESS begitu bermakna bagi kami,AJK RAPI dan juga seluruh warga RESS 10. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Ziarah oleh Alumni Rakan Pusat Islam, Saudara Zharudin Narudin pada hari tersebut juga menjadikan suasana lebih menarik.

Segala usaha tungkus lumus AJK RAPI yang terlibat dengan RESS merupakan salah satu usaha kearah mewujudkan biah solehah di kampus politeknik. Mudah-mudahan semua usaha ini mendapat redhaNya, semoga ukhuwah yang terbina ini akan tetap menjadi tiang kepada banggunan yang kukuh. Dan semoga ianya tetap menjadi salah satu kekuatan bagi kita dalam meneruskan usaha meletakkan AlQuran dan Sunnah di hati Umat Islam dan yang bukan Islam di Malaysia negara yang tecinta ini.

Gambar akan diupload kelak... :)

0 comments:

Post a Comment

Followers

Fb Comment

ANA DAN FB

ANA DAN FB
fiqamuhammad

Aktiviti Masjid Al Muttaqin Sarikei

MAJLIS ILMU:(antara Magrib dan Isya')

RABU:

kuliyyah oleh Ustaz Syed Harold (JAIS)

JUMAAT:

kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zainal (HIKMAH)

SABTU:

Kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zamri Rajab (YAM @ ABIM)

AHAD:

Kuliyyah Fiqh

oleh Ustaz Ghazali Khan(Ustaz Pele)

sama-sama kita mengimarahkan masjid Al Muttaqin Sarikei