Mutiara Dari Quran

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
(Al-Anfal: 30)

AKU ANAK SARAWAK

AKU ANAK SARAWAK

Dunia Multimediaku

Saturday, February 13, 2010

Cinta@Couple!!


Memang tak dinafikan, manusia ingin menyayangi dan juga disayangi. Bahkan, itulah hakikiat fitrah manusia. Islam, sebuah agama yang syumul (menyeluruh) yang merangkumi kehidupan dunia dan akhirat tidak mungkin akan menghalang penganut-penganutnya berkasih sayang.
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Islam mensyariatkan bahawa cinta yang sebenar adalah selepas temeteraikan ikatan perkahwinan. Bukan dengan ‘bercouple’ mahupun bercinta dengan bebas tanpa melihat garis panduan yang telah di sediakan olah Islam. Hari ini, masyarakat kita sentiasa terpengaruh dengan filem dan drama berunsurkan cinta bebas tanpa menghirau batas-batas agama yang bebas ditayangkan.
Inilah yang menjadi contah dan tauladan masyarakat Islam hari ini. Memilih cara-cara bercinta yang diperkenalkan oleh barat dan menolak cara cinta yang diperkenalkan oleh Islam. Natijahnya, zina merata-rata, buang anak jadi tradisi.
Diharap generasi hari ini mampu membezakan yang hak dan yang batil. Gunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan jauhilah perbuatan-perbuatan yang menghampiri kemaksiatan kerana jika tiada kesedaran dan bendungan tidak hairanlah ianya akan menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak orang Islam.
Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Fb Comment

ANA DAN FB

ANA DAN FB
fiqamuhammad

Aktiviti Masjid Al Muttaqin Sarikei

MAJLIS ILMU:(antara Magrib dan Isya')

RABU:

kuliyyah oleh Ustaz Syed Harold (JAIS)

JUMAAT:

kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zainal (HIKMAH)

SABTU:

Kuliyyah Tafsir Al Quran

oleh Ustaz Zamri Rajab (YAM @ ABIM)

AHAD:

Kuliyyah Fiqh

oleh Ustaz Ghazali Khan(Ustaz Pele)

sama-sama kita mengimarahkan masjid Al Muttaqin Sarikei