Assalamualaikum..
Pertama dan selamanya, Alhamdulillahirobbil'alamin... Segala puji2an layaknya hanya untuk Allah. Kita sama-sama kembalikan kesyukuran untukNya. Solawat da salam buat baginda tercinta,Muhammad SAW kelurga, para sohabat, serta generasi-generasi seterusnya yang menjadikan dirinya pecinta baginda dengan mengikut jejak langkahnya. Alhamdulillah, diberi lagi peluang untuk menulis. Sekadar catatan pengalaman dan perjalanan untuk berkongsi perjalanan hamba hina ini.
Kerut didahi!! Akhirnya dapat ana kurangkan apabila selesai pembentangan projek akhir E5006 yang diberi nama SMART HOME SYSTEM. Penat dan lelah bersama teamate projek ana, Isac yang bertungkus-lumus menyiapkan projek ini. Agak sukar dan melelahkan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan semasa yang agak sibuk dengan beban organisasi JPP RAPI. Tetapi, aku yang memilih untuk letih. Jagangan dipertikaikan dan persoalkan perkaraitu..huhu...:)
Mutiara Dari Quran
“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
(Al-Anfal: 30)
AKU ANAK SARAWAK
![AKU ANAK SARAWAK](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzRxgmudBrtBmNi6mAsnO5kuvgE989xTVO_-2hNMkj8aFKqBLyCuymg-c67jWTtLfZL31QcMQ7M3PPOfwI80xHcTWVhZ2Q1htPuf1pg4WLQppY-zR8qugj2KTIM4iWURlaSQI3PQ1gTb95/s640/KAMEK+ANAK+NEGERI.png)
Dunia Multimediaku
Tuesday, March 15, 2011
SMART HOME SYSTEM...menarik ker?
Logo Projek
Malas lah nak story pasal projek ni. Lebih suka nak berkongsi tentang pengalaman nak siapkan projek. Projek ini nampak macam canggih, tapi taklah canggih sangat. Yang menampakkan ianya canggih ialah tak pernah orang buat untuk level diploma. rasanya untuk Poli Kuching, kumpulan kita orang jer yang buat projek sejauh ni. Ianya melibatkan hardware dan software. Projek ini lebih mudah berbanding dengan projek-projek lain. Simple dan nampak "canggih". Projek ni kawalan sepenuhnya oleh PLC yang diprogramkan oleh pengguna. Yang menariknya, banyak benda kita boleh buat dengannya, Harga PLC ni di pasaran agak mahal. Yang kita orang gunakan, PLC dari bengkel.
theme untuk slide powerpoint
Cuma nak tunggu minggu depan untuk buat persembahan terakhir. Doakan ana ya kawan-kawan. Pening kepala tak sembuh lagi. Apa-apapun, semuanya ditangan Allah. Kita cuma mengusahakannya.
Kesimpulannya, ilmu tu penting. Tak kira apa jenis sekalipun. Yang penting, tahu amal dengan istiqomah. InsyaAllah, anda akan mampu kuasai ilmu yang anda pelajari. :)
Followers
Fb Comment
Aktiviti Masjid Al Muttaqin Sarikei
MAJLIS ILMU:(antara Magrib dan Isya')
RABU:
kuliyyah oleh Ustaz Syed Harold (JAIS)
JUMAAT:
kuliyyah Tafsir Al Quran
oleh Ustaz Zainal (HIKMAH)
SABTU:
Kuliyyah Tafsir Al Quran
oleh Ustaz Zamri Rajab (YAM @ ABIM)
AHAD:
Kuliyyah Fiqh
oleh Ustaz Ghazali Khan(Ustaz Pele)
sama-sama kita mengimarahkan masjid Al Muttaqin Sarikei
0 comments:
Post a Comment