Assalamualaikum wbt..
Pertama dan selamanya setinggi2 kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah SWT diatas keizinan yang diberikan untuk menaip di blog ini. Solawat dan salam buat baginda SAW yang InsyaAllah sentiasa dihatiku ku ini..
31 Dis 2010, hari terakhir bagi tahun ini. Pada tarikh ini juga, aku memilih untuk mengadakan Bengkel Multimedia dibawah seliaan LPP RAPI dan RAPI MEDIA. Alhamdulillah, dapat juga dilaksanakan. Ramai yang nak buat sebelum ni, tapi kali inilah berjaya dilaksanakan. Bermua jam 8.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Fuh.. Tak pernah dalam sejarahku melaksanakan bengkel selama itu. Syukran keatas semua yang sudi terlibat menjayakan bengkel tersebut. Diantara yang hadir ialah adik2 RAKAM(RAPI) dan juga dari JPK. Masing-masing dengan tujuan nak memperkasakan publisiti organisasi masing-masing. Bengkel yang dibuat ni khas bagi melahirkan junior-junior baru yang boleh mengendalikan unit mulmedia dengan baik.
Pentingnya publisiti boleh kita ibaratkan sebagai wajah atau view kepada masyarakat mengenai organisasi kita. Salah satu kaedah untuk menaikkan organisasi kita adalah melalui publisiti. Publisiti yang baik dan menarik akan menjadikan organisasi lebih "dipandang tinggi" oleh masyarakat.
Bagi organisasi Islam juga, perkara tersebut tidak akan diabaikan oleh ahlinya. Antara yang begitu baik publisitinya adalah PMRAM (Persatuan Mahasiswa Republik Arab Mesir) yang menjadi titik rujukan bagi skuad RAPI MEDIA. Montaj yang begitu menarik dan penghasilkan wallpaper islamik yang sangat cantik menjadikan orang-orang yang melihatnya terpegun. laman web www.iluvislam.com juga menggunakan penghasilan wallpaper yang menarik bagi mempromosi laman mereka.
Setakat ni jer untuk entri kali ni. Gambar akan diuploadkan kelak k...
0 comments:
Post a Comment