Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan nak menulis untuk kali kedua.
Facebook, ianya kini digunakan diseluruh dunia. Untuk pelbagai tujuan, adanya menggunakannya untuk perniagaan, berhubung dengan teman lama, dan banyak lagi. Tapi apa yang "menarik" juga ialah, Fb hari ini digunakan juga sebagai tempat melepas geram, meluah perasaan. Bagaimana tu?? Tepuk dada tanya iman. Sedih melihat apabila facebook dijadikan tempat luahan perasaan menggantikan sahabat yang Allah kurniakan kepada kita.
Perlu kita beringat bahawa Fb itu sendiri dicipta oleh yahudi. pasti ada agenda tersendiri. Berhati-hatilah teman, jangan kita pulak yang termasuk dalam PERANGKAP yang dicipta untuk umat Islam khususnya.
Mungkin orang kata, kita tidak tahu keadaan sebenar. Yes! ana mungkin boleh bersangka baik. Bagaimana dengan yang lain??
Elakkan bercerita tentang diri kita khususnya perkara-perkara yang boleh mengaibkan kita dan orang lain. Kita hanya akan menampakkan kelemahan kita dan orang lain. Bagi yang membacanya, pasti punya perspektif yang buruk terhadap kita. Itukah yang kita inginkan?
Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud:“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
DALAM KONTEKS ORGANISASI, keaiban dan kelemahan organisasi jangan dihebah-hebahkan. Baik perihal individu yang bermasalah ataupun perihal kelemahan organisasi. Ana sendiri tidaklah sebagus mana, tetapi hanya kurang senang dengan sikap sesetengah pihak yang gemar menghebah-hebahkan masalah di Fb.
INGAT!! di Fb orang akan nilai melalui status kita tanpa melihat keadaan dan situasi sebenar. MAKIN BANYAKLAH FITNAH SELEPAS INI SEKIRANYA TIDAK DIHENTIKAN SEGALA AKTIVITI SHARING PROBLEM WITH FB.
SEMUA MATA MEMANDANG KAMU!! AWAS!!
0 comments:
Post a Comment