Bismillah...
Alhamdulillah, syukur buat kesempatan kali ini..
Kali ini, aku lebih cenderung untuk berkongsi berkenaan tentang "kumpulan" kecil yang sedar akan kepincangan yang berlaku dalam organisasi.. Pelbagai persoalan timbul dihati, pelbagai pertanyaan jua timbul.. Mampukah aku untuk membawa perubahan..Adakah kumpulan kecil ini akan berupaya memberi impak pada perjalanan organisasi tersebut di masa depan ataupun hanya sebagai HALUAN KIRI yang hanya merosakkan dan menambahburukkan keadaan. Yang pastinya setiap keputusan perlu di fikirkan semasak-masaknya. Kata zaiem, teman baikku, kita kena berani bersuara. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.
Sahabat-sahabiah semua, ketahuilah bahawa kejahatan yang tersusun akan mengalahkan kebaikkan yang tidak tersusun. Sampai bila agaknya untuk kita terus berkeadaan demikian. Namun, semua ini masih "terbuku" dihati..Berusaha mencari kaedah bagi menyampaikan isi hati dan pandangan dengan baik dan mampu menjelaskan keadaan pada semua..
Bagi yang menyedari sama seperti aku, adakah kalian juaga masih terbuku kata-kata? Tiada yang mudah dalam perjuangan..:)...Salam Imtihan
0 comments:
Post a Comment