Assalamaualaikum..
Seinfiniti kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah SWT. Selawat dan salam but Nabi junjungan yg dicintai, Muhammad SAW, para sabat bagindan dan keluarga. Salam perjuangan buat pembaca-pembaca, yang sudi mengambil sedikit masa untuk 'take a look' entry kali ini. kali ini, penulisan dibuat sedikit berbeza berbanding sebelumnya. Entry kali ini akan sepenuhnya ditulis dalam bahasa Sarawak.
Setelah berbulan-bulan sik menulis, akhirnya kali tok diizinkan juak untuk menyampai hasrat hati. Meluahkan isi hati. Penulis kali tok suka nak bercerita tentang fanatik ataupun sik terhadap Islam. Bagi yang cenderung dalam bidang dakwah, memanglah daknya mauk sik mauk kenak memberi tumpuan penuh dalam apa yang diusahakan. Sebabnya, nang dah jadi tanggungjawab dan amanah berat yang harus dipikol dalam usaha memperkasakan dakwah Islam.
MINAT ATAU TANGGUNGJAWAB?
Tanyak kan soalan tok pada diri kita. apa hukum kita ber amar makruf dan ber nahi mungkar? Rasulullah pernah bersabda yang diriwayatkan oleh At tirmizi yang berbunyi:
"Demi Allah yang nyawaku ditanganNya, mestilah bagimu menyeru kepada kebaikkan dan melarang manusia lain dari kemungkaran. Atau sangat hampirlah Allah SWT menimpakan keatasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan."
Jelas ayat diatas madah ngan kita supaya molah kerja-kerja dakwah tok. jangan kita pikir ustaz-ustazah ajak boleh molah kerja tok. hadis diatas madah kewajiban kita dalam melaksanakan hal tok bukan sebagai satu ibadah semata-mata tapi sebagai amanah yang harus dipikul oleh setiap muslim. Bila kita nyebut tentang amanah tok, sudah pasti nya satu perkara yang akan Allah tanyak@hisab kita diakhirat kelak. Jadi jangan kita suka mempersoalkan orang lain yang nak molah dakwah untuk kepentingan Islam. Dan lebih teruk agik, janganlah kita menjadi orang yang MENENTANG perjalanan@usaha dakwah tok.
Mun kita nak nyebut pasal minat, ingin juak nak tauk..Adakah org suka berdakwah? Mun Allah sik syariatkan kewajiban berdakwah tok. Ada ka? Jadi, mun sik minat kenak bersemangat benar nak molah dakwah ya. Sebabnya cuma satu, meraih ketinggian diri disisi Allah. Meraih janji-janji Allah. Allah berfirman dalam surah As Shaff ayat 10 dan 11:
Sewajarnya, sik perlu timbul perkara tok. Fanatik dengan agama, selagi sik melampaui batas-batas syariat Allah, sik ada hal. Teruskan dengan usaha dakwah kalian. Mun daknya nganok fanatik. Yang sik fanatik mauk molah kerja-kerja dakwah tok? Ada sidaknya turun padang berjumpa dengan masyarakat? Sik ada nak. Jadi, ya semua akal-akalan syaitan makei melemah semangat juang kita. Kita tetap dijalan yang Allah telah sediakan tok. Dalam rangka usaha nak menggemilangkan Islam, memartabatkan Isllam mengatasi ideologi-ideologi manusia yang berlagak sombong dgn kehebatan pada diriknya yang pada hakikatnya sik ada apa-apa.
Pada yang asyik mengutuk, menghina, klakar ya, klakar tok tentang org yg berdakwah. Sedarlah, sidaknya sedang berusaha membawa kebaikkan dan rahmat Allah ke tanah air kitak orang. Islam tok bukan cuma sembahyang, posa dan zakat. tapi Islam tok adalah cara idup. Bila disebut cara idup, mestilah nya merangkumi aspek2 yang luas ngan terbukak.islam terangkan cara hidup selengkap-lengkapnya, daripada istinjak sampei lah ke urusan negara.
Stakat tok ajak entry kalik tok. Mudah2an bermanfaat untuk semua.
Waallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment